In area :

Translate ↓

Senin, 31 Maret 2014

Cara Mempromosikan LamanWeb/produk Anda Tanpa Teknik SEO


Setiap pengguna internet yang mempunyai laman web untuk berniaga atau persendirian pastinya ingin memastikan laman web sendiri dikenali orang lain dan diketahui oleh semua pengguna internet. tetapi, tanpa usaha anda tidak akan berjaya jika anda hanya membuat laman web untuk mendapatkan hasil tetapi anda tidak melakukan apa-apa.

sudah semestinya kita ingin mempromosikan laman web kita. jadi saya akan bimbing anda bagaimanakah cara untuk mempromosikan laman web anda tanpa menggunakan taktik kotor dan menggunakan teknik SEO.


Gunakan Perkhidmatan Pengiklanan Berbayar Oleh Google & Facebook.

dua yang ini ialah merupakan syarikat gegasi yang anda patut cuba untuk mempromosikan laman web anda dengan mudah di internet. tidak memerlukan sebarang teknik SEO, anda hanya tahu bagaimana hendak menggunakan google adword dan facebook advertising sahaja dan ini merupakan Pay Per Click. Maksudnya, setiap kali iklan anda diklik oleh pengguna internet, anda akan dicas oleh servis yang anda gunakan.

saya yakin dengan mempromosikan menggunakan Google & Facebook adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan trafik dari pengguna internet yang lain. kelebihan menggunakan cara ini adalah anda dapat menentukan pengguna internet dari mana yang boleh melihat laman web anda sebagai contoh, anda hanya ingin menjual barang anda di malaysia sahaja, jadi anda boleh mengatur semua ini melalui setting pengiklanan di google dan facebook. 

anda juga boleh menentukan target kepada siapa yang anda hendak promosikan, sebagai contoh anda mempunyai barang yang khas untuk orang yang berumur 23 keatas sahaja, iaitu jika barang anda adalah yang ada kaitan dengan 18sg. 

kelemahan menggunakan pengiklanan google dan facebook adalah memerlukan pembayaran. tetapi hasilnya adalah cukup berbaloi kerana rata-rata rakyat malaysia dapat melihat iklan anda di google dan facebook.

anda boleh mula mendaftar untuk beriklan di:
Google Adword

Facebook Advertising



iklankan di Forum

cara ini sentiasa dikongsikan oleh IM dan blogger yang lain. tetapi apa salahnya saya berkongsi dengan anda. anda boleh mempromosikan produk anda di forum-forum yang ada di malaysia jika anda ingin menjual produk di malaysia. cara ini juga adalah mudah, kerana semakin ramai ahli yang aktif di forum pada masa kini. jadi ambilah kesempatan ini dengan mempromosikan produk anda. pastikan anda promosikan di thread yang betul bagi mengelakkan anda ditegur oleh admin forum tersebut. jika ada masalah untuk beriklan, tegur-tegurlah ahli forum yang lain untuk tanyakan soalan kepada mereka.

dengan mempromosikan di forum sudah pastinya produk anda boleh dijual kepada yang ingin membeli. apa yang penting anda mestilah dipercayai oleh mereka dengan menunjukkan bukti review ataupun anda adalah syarikat yang berdaftar. di dalam forum juga anda boleh manfaatkan untuk menggunakan bahagian Signature. anda boleh letakkan info jualan produk anda di bahagian singnature. 

setiap kali anda post sesuatu ke di mana-mana topik, produk anda akan tersiar dengan post yang anda tulis sekali. gunakanlah ayat yang menarik minat mereka sebagai contoh, "Diskaun sebanyak 40%", "Free Shipping", dan pelbagai lagi ayat yang menarik perhatian mereka. dengan menulis info tentang produk anda di singnature juga membantu anda untuk mendapatkan trafik ke laman web anda.

anda boleh mendaftar di Forum seperti :
wangcyber

Carigold

Lowyat

dan banyak lagi forum yang lain. anda boleh mencari di Google dengan menaip, Forum Malaysia.

Memasang Iklan Di Blog Orang Lain Dan Forum

anda juga boleh mengiklan produk anda dengan memasang iklan di blog atau forum yang terkenal dan mendapat trafik yang banyak. sudah semestinya cara ini yang berbayar, cas yang dikenakan adalah berbeza mengikut permintaan permilik blog dan forum. anda perlu pastikan bahawa blog atau forum tersebut mendapat trafik yang banyak. anda boleh bertanya di mana-mana forum untuk meminta bantuan memasang iklan di blog mereka dan anda akan membayar mereka. 

Meletak Iklan Di Tempat Awam Di Kawasan Bandar

Cara yang ini pula anda perlu rajin bergerak. jika dibuat dengan betul, anda juga boleh mendapatkan pelanggan yang agak baik. caranya, anda hanya perlu buat iklan anda dalam bentuk kertas, promosikan apa yang patut. selepas anda selesai dan print iklan anda sebanyak yang mungkin, anda boleh lakukan dengan melekat iklan anda di mana-mana tiang atau dinding yang sering dilalui oleh orang awam. tugas ini paling sesuai dilakukan pada waktu malam (amboi). 

ada juga salah satu cara lain yang selain melekat ini, iaitu teknik "Ahlong". mungkin ada yang tidak tahu teknik ini, tetapi teknik ini merupakan teknik "Ahlong" yang berkesan tetapi dengan cara yang kotor. teknik ini juga sama seperti diatas, buat iklan di laptop dan  print keluar dalam bentuk kertas. pastikan menarik perhatian dan ia juga sama seperti diatas iaitu dilakukan pada waktu malam (=D) yang berbezanya cara mengiklankan produk anda, iaitu buang sahaja di kawasan-kawasan berjalan kaki yang sering dilalui dan yang paling bagus adalah kawasan perumahan kerana kawasan perumahan kebersihan tidak berapa diambil kira.  jika di bandar, dalam masa sehari atau dua hari iklan anda sudah disapu oleh pembuang sampah.


ini adalah merupakan cara-cara untuk mempromosikan produk anda tanpa menggunakan teknik SEO. saya harap teknik ini dapat membantu anda. selamat berjaya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar